Wednesday 10 August 2011

ARABIC DRIFT CAMPING (28-30 Julai '11)



Salam semua...pada kali ini KBA akan menceritakan serba sedikit pengalaman kami di Arabic Drift Camping..sangat best! Pada sesiape yang x pergi, x da le rugi sangat, tapi bagi yang pergi ianya sangat best dan bermakna.


Nak tahu sebabnya..?? Sebab KBA lah satu-satunya kelab yang menganjurkan program dengan bayaran yang termurah di antara kelab-kelab lain, dan modul-modul KBA juga adalah modul yang terbaik diantara yang terbaik..:)


Nak tahu ape yang kami dah jalankan? antaranya Team Building, Explorace, Hiwar, Lake Crossing, Kayak, dan banyak lagi. Bayaran yang dikenakan ke atas setiap peserta juga sangat murah dan murah. Sangat berbaloi...


Mana nak cari pengalaman pergi camping yang murah-murah dan aktivitinya best serta padt.?? Semestinya dalam KBA. Pada Arabic Drift Camping nie, ada peserta yang kena makan cili, buah peria, air sirap + belacan, dan banyak lagi...hihi


Bukan itu sahaja, Putera Puteri Hutan pun ada, bak kata orang kampong asli, TOK BATIN la kot...hihi


Mumia yang diimport dari negara luar pun wujud di dalam Arabic Drift Camping nie...x sangka ye.,,beruntung lah sape yang pergi...hihi Yang basah kuyup dengan air tasik ade, yang terpaksa minum air tasik (DARURAT) sebab kena denda pun ada..hehe (Sape yg trkena padan muke!) 


Satu lagi yang menarik ialah tempat program. Untuk pengetahuan semua, tempat camping yang dipilih ini sangat best kerana dikelilingi oleh tasik....dan KBA merupakan Kelab yang pertama buat program di situ..(waaa..bestnyaa jdi org 1'st nie). Sampai tuan tapak pun siap bagi makan buah-buahan dusun die lagi (musim buah le katakan...)


Asyik bersembang terlupa nak bagitau tarikh program nie,.Actually tarikh program nie ialah 28-30 Julai lalu..dah nak puasa pun, so kite melantak habis-habisan di sana! hihi


Memang best berprogram dalam KBA nie, sebab terasa bagai semuanya satu keluarga yang bahagia...dan x boleh lupa ade jugak yang cerewet, hehe..(agak2 sape???) Haaa, ketua program pun dah nampak semput dah...hihi 


Xpe, yang penting program yang dijalankan berjaya dan tahniah diucapkan kepada KBA UiTM Kedah. Rasanye sampai sini dahulu cerita ringkas, nanti gambar - gambar akan dimuatnaikkan ke dalam gallery blog atau terus sahaja ke Page KBA UiTM Kedah di Facebook..! Sertai kami..:)