Tuesday 28 June 2011

ANNUAL GRAND MEETING 2011

Alhamdulillah..
Annual Grand Meeting Kelab Bahasa Arab telah berjalan dgn lancar pada 21 JULAI 2011 di Dewan Sarjana 1 pada jam 8 malam hingga 10.30 malam.
AGM ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kelab Bahasa Arab iaitu Ustaz Burhanuddin bin Hj Wahab. 
Selain itu, pembentangan belanjawan oleh Bendahari Kelab dan pembentangan laporan oleh Setiausaha Kelab telah dibentangkan kepada ahli-ahli baru Kelab Bahasa Arab.
Seterusnya, tayangan video dikendalikan oleh lajnah publisiti dan yang terakhir sekali ialah pemilihan ajk.
selain ini, AGM kali ini juga dimeriahkan lagi dgn cabutan bertuah kepada ahli-ahli baru yang berdaftar.
Sangat menyeronokkan.. ^_^
Seramai 11 orang Ajk baru telah dilantik.
Di sini, saya berharap ajk baru dpt menjalankan tugas dengan sebaik mungkin... :)


ha...ni la gambar PRESIDEN kita.. :)

Thursday 16 June 2011

BOOTH ARABIC CLUB

Ahlan Wasahlan.
Kelab Bahasa Arab UiTM Kedah telah mengadakan booth Arabic yang terletak di Dataran Courtyard.
Booth Arabic telah berlangsung pada 14 - 16 JUN 2011.
Aktiviti yang telah berlangsung ialah :
  • Pendaftaran ahli baru
  • Jualan baju kelab bahasa arab
  • Jualan tiket konsert bingkisan alam
  • Jualan makanan ringan
Dalam masa yang sama, setiap ahli baru Kelab Bahasa Arab diberi penerangan tentang program-program semester lepas seperti Lawatan Ilmiah, Dberis Camp, dan pelbagai program yang menarik telah diadakan oleh Kelab Bahasa Arab. Selain itu, diadakan juga TEKA-TEKI kepada setiap ahli baru yang mendaftar. Booth Arabic dibuka bermula dari 8.00 pagi - 6.00 petang dari Selasa hingga Khamis. Setiap AJK KELAB BAHASA ARAB bergilir-gilir menjaga booth Arabic untuk memastikan kelancaran pengambilan ahli baru berjalan dengan jayanya. Seramai 100 orang ahli baru telah mendaftar dan pengambilan diteruskan lagi pada hari terakhir. Sekian ini sahaja dari Kelab Bahasa Arab. Assalamu'alaikum.W.B.T.

berikut antara gambar booth arabic.