Tuesday 13 December 2011

AHLAN WASAHLAN ke KELAB BAHASA ARAB UITM KEDAH

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB BAHASA ARAB UITM KEDAH
KEPADA SEMUA AHLI KELAB BAHASA ARAB YANG BARU MAHUPUN LAMA..:)

Wednesday 30 November 2011

SESI NOVEMBER 2011 BERMULA....

assalamualaikum kepada semua sahabat Kelab Bahasa Arab Uitm kedah... Kaifahalukum??? 
harap2 semuanya dalam keadaan sihat sejahtera... semester baru sesi november 2011 bagi pelajar diploma sudah bermulaa.. jadi, kelab bahasa arab dengan jaya nya akan mengadakan pertandingan- pertandingan yang diadakan bersempena dengan KARNIVAL BAHASA anjuran Uitm kedah yang bermula pada 1 hingga 10 disember ini.. KELAB BAHASA ARAB UITM KEDAH akan menganjurkan 3 pertandingan. 

Antara pertandingan tersebut ialah..



lost,draw&win

(4/12/2011),


zahidah[ 0134268153 ]




pertandingn bercerita dalam bahasa arab 

(6/12/2011)

mursyidah [ 0194041470 ]




pertandingan nasyid 

(8/12/2011)

ikhwan [ 0134496181]


semua penyertaan adalah terbuka kepada semua

 mahasiswa di Uitm kedah ini... 

kepada yang berminat boleh trus menghubungi

lajnah-lajnah yang terlibat...

KBA mengucapkan semoga berjaya kepada semua.. 

jangan lupa study ye..:)


jumpa lagi semua.. 

ma'assalamah, ilalliqa'...

Wednesday 10 August 2011

ARABIC DRIFT CAMPING (28-30 Julai '11)



Salam semua...pada kali ini KBA akan menceritakan serba sedikit pengalaman kami di Arabic Drift Camping..sangat best! Pada sesiape yang x pergi, x da le rugi sangat, tapi bagi yang pergi ianya sangat best dan bermakna.


Nak tahu sebabnya..?? Sebab KBA lah satu-satunya kelab yang menganjurkan program dengan bayaran yang termurah di antara kelab-kelab lain, dan modul-modul KBA juga adalah modul yang terbaik diantara yang terbaik..:)


Nak tahu ape yang kami dah jalankan? antaranya Team Building, Explorace, Hiwar, Lake Crossing, Kayak, dan banyak lagi. Bayaran yang dikenakan ke atas setiap peserta juga sangat murah dan murah. Sangat berbaloi...


Mana nak cari pengalaman pergi camping yang murah-murah dan aktivitinya best serta padt.?? Semestinya dalam KBA. Pada Arabic Drift Camping nie, ada peserta yang kena makan cili, buah peria, air sirap + belacan, dan banyak lagi...hihi


Bukan itu sahaja, Putera Puteri Hutan pun ada, bak kata orang kampong asli, TOK BATIN la kot...hihi


Mumia yang diimport dari negara luar pun wujud di dalam Arabic Drift Camping nie...x sangka ye.,,beruntung lah sape yang pergi...hihi Yang basah kuyup dengan air tasik ade, yang terpaksa minum air tasik (DARURAT) sebab kena denda pun ada..hehe (Sape yg trkena padan muke!) 


Satu lagi yang menarik ialah tempat program. Untuk pengetahuan semua, tempat camping yang dipilih ini sangat best kerana dikelilingi oleh tasik....dan KBA merupakan Kelab yang pertama buat program di situ..(waaa..bestnyaa jdi org 1'st nie). Sampai tuan tapak pun siap bagi makan buah-buahan dusun die lagi (musim buah le katakan...)


Asyik bersembang terlupa nak bagitau tarikh program nie,.Actually tarikh program nie ialah 28-30 Julai lalu..dah nak puasa pun, so kite melantak habis-habisan di sana! hihi


Memang best berprogram dalam KBA nie, sebab terasa bagai semuanya satu keluarga yang bahagia...dan x boleh lupa ade jugak yang cerewet, hehe..(agak2 sape???) Haaa, ketua program pun dah nampak semput dah...hihi 


Xpe, yang penting program yang dijalankan berjaya dan tahniah diucapkan kepada KBA UiTM Kedah. Rasanye sampai sini dahulu cerita ringkas, nanti gambar - gambar akan dimuatnaikkan ke dalam gallery blog atau terus sahaja ke Page KBA UiTM Kedah di Facebook..! Sertai kami..:)

Tuesday 28 June 2011

ANNUAL GRAND MEETING 2011

Alhamdulillah..
Annual Grand Meeting Kelab Bahasa Arab telah berjalan dgn lancar pada 21 JULAI 2011 di Dewan Sarjana 1 pada jam 8 malam hingga 10.30 malam.
AGM ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kelab Bahasa Arab iaitu Ustaz Burhanuddin bin Hj Wahab. 
Selain itu, pembentangan belanjawan oleh Bendahari Kelab dan pembentangan laporan oleh Setiausaha Kelab telah dibentangkan kepada ahli-ahli baru Kelab Bahasa Arab.
Seterusnya, tayangan video dikendalikan oleh lajnah publisiti dan yang terakhir sekali ialah pemilihan ajk.
selain ini, AGM kali ini juga dimeriahkan lagi dgn cabutan bertuah kepada ahli-ahli baru yang berdaftar.
Sangat menyeronokkan.. ^_^
Seramai 11 orang Ajk baru telah dilantik.
Di sini, saya berharap ajk baru dpt menjalankan tugas dengan sebaik mungkin... :)


ha...ni la gambar PRESIDEN kita.. :)

Thursday 16 June 2011

BOOTH ARABIC CLUB

Ahlan Wasahlan.
Kelab Bahasa Arab UiTM Kedah telah mengadakan booth Arabic yang terletak di Dataran Courtyard.
Booth Arabic telah berlangsung pada 14 - 16 JUN 2011.
Aktiviti yang telah berlangsung ialah :
  • Pendaftaran ahli baru
  • Jualan baju kelab bahasa arab
  • Jualan tiket konsert bingkisan alam
  • Jualan makanan ringan
Dalam masa yang sama, setiap ahli baru Kelab Bahasa Arab diberi penerangan tentang program-program semester lepas seperti Lawatan Ilmiah, Dberis Camp, dan pelbagai program yang menarik telah diadakan oleh Kelab Bahasa Arab. Selain itu, diadakan juga TEKA-TEKI kepada setiap ahli baru yang mendaftar. Booth Arabic dibuka bermula dari 8.00 pagi - 6.00 petang dari Selasa hingga Khamis. Setiap AJK KELAB BAHASA ARAB bergilir-gilir menjaga booth Arabic untuk memastikan kelancaran pengambilan ahli baru berjalan dengan jayanya. Seramai 100 orang ahli baru telah mendaftar dan pengambilan diteruskan lagi pada hari terakhir. Sekian ini sahaja dari Kelab Bahasa Arab. Assalamu'alaikum.W.B.T.

berikut antara gambar booth arabic.